Home Dunia Emirates nafi pesawatnya jadi sasaran dibom

Emirates nafi pesawatnya jadi sasaran dibom

Gambar hiasan

DUBAI – Emirates Airlines menafikan laporan bahawa salah satu pesawatnya telah menjadi sasaran untuk dibom.

Jurucakap syarikat penerbangan itu menyifatkan berita itu tidak berasas, katanya kepada akhbar Emarat Alyoum.

Menteri Dalam Negeri Libanon, Nuhad al-Mashnouk mendedahkan penglibatan empat orang warga Lebanon yang mahu mengebom pesawat penumpang Amerika dalam perjalanan dari Australia ke Abu Dhabi.

Mashnouk dalam satu sidang akhbar pada hari Isnin berkata, serangan yang dirancang itu berjaya ditumpaskan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan pihak berkuasa Australia. – MalaysiaGazette