Home Dunia Perkhidmatan Rahsia AS kehabisan dana

Perkhidmatan Rahsia AS kehabisan dana

WASHINGTON – Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat sedang menghadapi krisis dalam memenuhi pembayaran lebih masa untuk ejen-ejennya kerana terpaksa membiayai perlindungan untuk Donald Trump, kediaman-kediaman dan keluarga banyak rumah dan keluarga besar presiden itu.

Randolph “Tex” Ailes, ketua perkhidmatan itu berkata, dana untuk 1,100 ejen akan melebihi peruntukan bagi tahun fiskal yang digunakan untuk bayar gaji dan kerja lebih masa disebabkan beban kerja yang tinggi setiap bulan.

Dengan 150 ketua negara asing yang berkumpul di New York pada bulan depan untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tuntutan ke atas perkhidmatannya perlu dipertingkatkan.

“Isu ini bukanlah satu yang boleh dikaitkan dengan keperluan perlindungan pentadbiran semasa sahaja, tetapi menjadi isu berterusan selama hampir sedekad kerana kenaikan keseluruhan dalam tempoh operasi,” kata Ailes dalam satu kenyataan.

Trump melawat lokasi hartanahnya di Florida, New Jersey dan Virgina hampir setiap hujung minggu.

Selain itu Perkhidmatan Rahsia itu juga menyediakan khidmat perlindungan kepada anak-anak dewasa Trump bagi setiap urusan perniagaan dan percutian.

Secara keseluruhannya, sebanyak 42 individu yang berkhidmat dengan Trump mendapat perlindungan Perkhidmatan Rahsia termasuk 18 ahli keluarga presiden.

“Presiden memiliki keluarga yang besar dan tanggungjawab kami diperuntukan dalam undang-undang,” kata Ailes sambil menambah dia tidak boleh mengubahnya dan tidak memiliki fleksibiliti.

Ailes, yang memohon lebih banyak pembiayaan daripada Kongres, memberitahu beliau sedang berunding dengan ahli parlimen utama untuk menaikkan dana gaji dan lebih masa dari AS$160,000 (RM685,520) setahun kepada AS$187,000 (RM801,201) untuk sekurang-kurangnya bagi penggal akhir Trump. – MalaysiaGazette