Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memberikan penjelasan mengenai tuduhan sebuah akhbar yang mendakwa parti itu kini bekerjasama dengan UMNO untuk merampas Selangor.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, mengikut laporan itu, Abdul Hadi didakwa berhubung melalui telefon beberapa kali dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib “hampir setiap hari sejak beberapa bulan lalu” mengenai rancangan kerjasama berkenaan

“Saya meminta supaya Datuk Seri Hadi membuat penjelasan segera mengenai laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat PKR dan PH.

“Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib di telefon),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam laporan bertajuk “Umno, PAS plan assault on Selangor, woo former chief minister” itu, Abdul Hadi dikatakan kerap kali bercakap dengan Najib semasa beliau dalam fasa pemulihan daripada pembedahan Mei lalu.

Malah, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama yang sama.

“Saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan UMNO untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik Pas sebelum ini,” katanya lagi.

Rafizi juga dalam masa yang sama memperli sesetengah pimpinan PH yang didakwa membiarkan status hubungan dengan Pas masih berjalan sedangkan Pas sudah lama ‘berkerat rotan’ dengan PH.

Justeru beliau mendesak pucuk pimpinan PH menamatkan hubungan yang sama secara rasmi kerana ia adalah permintaan daripada penyokong dan rakyat di negara ini yang menyokong PH. – MalaysiaGazette