KUALA LUMPUR – Entri pada akaun twitter Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin memaparkan gambarnya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendapat perhatian netizen.

Menerusi entri jam 11.24 malam tadi mendapat hampir 20,000 retweet dan lebih 21,000 likes.

Tweet itu dimuatnaik ketika perlawanan bola sepak Malaysia menentang Indonesia malam semalam.

Tweet yang turut diretweet Izzah dengan lebih 5,000 retweet manakala 5,000 lebih lagi likes.

Khairy dalam tweetnya menulis “No political parties tonight. Just Malaysia (Tiada parti politik malam ini. Hanya Malaysia)”.

Manakala Izzah pula menulis “Thanks 4 the unity @khairykj. Superb game, see you during the final (Terima kasih untuk perpaduan @khairykj. Permainan yang hebat, jumpa di perlawanan akhir).

Rata-rata yang melakukan retweet memuji sikap dua ahli parlimen itu.

Antaranya Joshua Ding dengan entri “@khairykj tahniah dan @n_izzah kerana menunjukkan kematangan politik.”

Afiqah Zikri Hana menulis: “Unity is beautiful (Perpaduan itu indah)”.

Billy Boy pula menulis “@n_izzah @khairykj that is how politics should be! (Beginilah politik sepatutnya)”

Shafiqa Ahmad turut sama memuji “terbaikl yb abah, yb izzah). – MalaysiaGazette