Andri Suwarno bergambar dengan penyokong

KUALA LUMPUR – Meski pun kesilapan warna bendera Indonesia pada buku cenderahati Sukan Sea KL2017 telah mengakibatkan ramai rakyat republik itu marah, namun tidak kepada seorang netizen yang bernama Andri Suwarno.

Postingnya dalam laman sosial facebook Jumaat lalu berjaya menarik perhatian segelintir netizen di Indonesia.

Andri pada Sabtu lalu menghadiri perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea KL2017 antara Malaysia dan Indonesia dengan memakai topi dan mafla berlogo Harimau Malaya.

Dalam postingnya dia menjelaskan dia berbuat demikian kerana mendapat tiket dari rakannya yang merupakan anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Menurut beliau, kedatangannya ke stadium adalah untuk ‘mengintip’ penyokong Malaysia yang bergelar Ultra Malaya.

Namun menerusi tiga keping gambar dan satu video yang dimuatnaik Andri merakamkan gambar ketika dia duduk dengan aman bersama penyokong Malaysia.

Malahan dia memuji penyokong Malaysia yang tidak bersifat perkauman terhadapnya dan mereka berintelek dan bijak.

Sekeping lagi gambar yang dimuatnaik adalah gambar Andri membelakangi penyokong Malaysia yang sedang solat berjemaah Maghrib.

Dia yang berasal dari daerah Madiunndi kawasan Jawa Timur menyeru agar penyokong dari negaranya berbuat demikian.

Posting Andri mendapat banyak komen Malaysia dan Indonesia yang rata-rata bersetuju dengannya untuk tidak meneruskan perbalahan. – Malaysia