Nazir Hussin Akhtar Hussin chicken export ban
Nazir Hussin Akhtar Hussin

KUALA LUMPUR – Pas digesa keluar daripada Kerajaan Selangor sekiranya tidak mahu maruah parti Islam itu terus tercalar.

Menurut EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin, pimpinan Pas perlu sedar bahawa mereka diperalat oleh PKR dan DAP ketika bersama dalam Pakatan Rakyat untuk menawan Selangor pada Mei 2013.

“Jika Pas punya keberanian, Exco mereka perlu letak jawatan. Biar Selangor diterajui kerajaan campuran kerana PKR sendiri tidak pernah menghargai jasa Pas.

“Jika Pas punya harga diri, mereka tidak sepatutnya bersama dalam pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali,” tegasnya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, parti Islam itu terus dimalukan apabila Majlis Pakatan Harapan berpendirian untuk meminggirkan Pas dan tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan parti Islam itu dalam pilihanraya umum nanti.

Sebelum itu, Azmin dilaporkan berkata, partinya sedang mengadakan rundingan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abudl Hadi Awang untuk mengelak pertembungan tiga penjuru.

Sementara itu, Nazir juga mencabar Azmin untuk memecat tiga Exco Pas iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus dan Zaidy Abdul Talib.

Bagaimanapun ketika Majlis Syura Ulama memutuskan perhubungan politik dengan PKR, Pas membuat keputusan kekal dalam kerajaan Selangor dengan menggunakan alasan kepentingan rakyat. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.