Home Ekonomi Taufan Harvey: Harga minyak menyusut

Taufan Harvey: Harga minyak menyusut

Taufan Harvey menjejaskan industri minyak dan gas di Texas. foto Agensi

SINGAPURA – Harga minyak mentah jatuh ekoran penutupan loji-loji penapisan berikutan Taufan Harvey, sekali gus menjejaskan permintaan bagi minyak mentah.

Kebimbangan terhadap kegagalan operasi penyulingan AS menekan harga minyak mentah dunia jatuh dengan ketara walaupun berlaku gangguan bagi pengeluaran minyak di beberapa negara lain yang seharusnya memberikan sokongan kepada harga minyak.

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh kepada AS$45.35 setong pada 0155 GMT.

Penanda aras minyak mentah antarabangsa Brent susut AS$0.07 kepada AS$51.93 setong.

Taufan Harvey melanda teluk negara itu yang menempatkan pelbagai aset utama industri minyak Amerika Syarikat..

“Banjir teruk akibat ribut tropika Harvey menjejaskan kapasiti penapisan dan permintaan minyak mentah, dengan penapisan terbesar di Amerika Syarikat kini beroperasi pada kapasiti hanya 60 peratus,” kata ANZ bank dalam nota penyelidikan hari ini.

Kilang minyak mentah terbesar di Amerika Syarikat, yang dikendalikan oleh Motiva Enterprises ditutup pada malam Selasa akibat banjir.

Dalam menghadapi hujan dan banjir, Total mengurangkan pengeluaran kepada 53 peratus daripada kapasiti 225,500 sehari di loji penapisan Port Arthur, kata sumber pasaran. – MalaysiaGazette