Selasa ini akan menjadi hari penentuan bagi keputusan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selasa ini akan menjadi hari penentuan bagi keputusan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu keterangannya diambil oleh Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) berhubung kerugian matawang asing (forex) yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, sebagai seorang bekas menteri kewangan pada 1991 hingga 1998, ketika kejadian itu berlaku, keputusan untuk memanggil beliau memberi keterangan bukanlah perkara yang sukar.

“Amat menyedihkan jika siasatan ini ditutup tanpa mendengar keterangan saya.

“Oleh kerana sepanjang pendengaran ini diadakan nama saya telah dipetik beberapa kali, maka amatlah mustahak untuk saya dibenarkan memberi keterangan.

“Suruhanjaya ini telah beberapa kali berkata bahawa ianya mahu menegakkan kebenaran dalam isu ini.

“Oleh itu, mereka pasti tahu bahawa cara terbaik adalah dengan membenarkan saksi-saksi kritikal seperti saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan perdana menteri ketika itu, untuk memberi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 30 Ogos lalu, peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdullah dan peguam Anwar, Gurdial Singh Nijar memberitahu pemberita bahawa mereka mahu kepastian sama ada Anwar dan Mahathir akan dipanggil.

Walau bagaimanapun, menurut Haniff, pihak pesuruhjaya enggan mengesahkan perkara tersebut.-MalaysiaGazette