Home Ekonomi Harga Brent jatuh selepas ujian nuklear Korea Utara

Harga Brent jatuh selepas ujian nuklear Korea Utara

LONDON – Penanda aras harga minyak global jatuh pada hari Isnin selepas ujian nuklear Korea Utara yang kuat mencetuskan pergeseran dalam pasaran mentah kepada aset yang lebih selamat seperti emas.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 1.3 peratus kepada $ 52.07 setong pada 0808 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) lebih stabil, turun AS$0.08 kepada AS$ 47.21 setong selepas beberapa kilang penapis di Pantai Teluk Amerika Syarikat mula beroperasi selepas10 hari dilanda Taufan Harvey.

Para peniaga bimbang melihat perkembangan di Korea Utara, yang mana tentera menjalankan ujian nuklear keenam dan paling kuat pada hujung minggu lalu.

Pyongyang berkata, ia telah menguji bom hidrogen paling terkini untuk peluru berpandu jarak jauh, yang mendorong ancaman tindak balas ketenteraan “besar-besaran” dari Amerika Syarikat jika ia atau sekutunya terancam.

Situasi ini meletakkan tekanan ke atas minyak mentah apabila para pedagang mengalihkan wang daripada minyak – dilihat sebagai pasaran berisiko tinggi – menjadi niaga hadapan emas, secara tradisinya dilihat sebagai tempat selamat bagi pelabur.

Harga emas naik untuk hari ketiga, meningkat 0.9 peratus pada hari Isnin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast