Parti Sosialis Malaysia

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas DAP supaya tidak membuang masa untuk bertanding di satu-satunya kerusi Parlimen PSM di Sungai Siput.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, S. Arutchelvan mempertikaikan hasrat DAP Perak yang berebut kerusi tersebut walhal PSM hanya akan bertanding tiga peratus daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen seluruh negara.

“DAP dan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya fokus dalam mengalahkan BN (Barisan Nasional) dan bukan membuang masa bertanding di tiga peratus sahaja kerusi yang PSM akan bertanding,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Arutchelvan menyifatkan PH sebagai tidak mempunyai hasrat untuk bekerjasama dengan mereka walaupun PSM awal-awal lagi menyatakan kesediaan untuk sebarang rundingan kerjasama.

“Dalam mana-mana gabungan, menjadi peranan mana-mana parti besar untuk membina ikatan.

“Tapi jelas kini PH tidak berminat untuk bekerja dengan PSM walaupun kami sudah menyatakan secara terbuka untuk membentuk gabungan pilihan raya bagi mengelakkan saingan tiga penjuru,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Arutchelvan mengingatkan DAP supaya tidak angkuh memandangkan parti pernah bertanding di Sungai Siput menentang calon PSM dan BN pada tahun 2004 dan mendapat undi paling sedikit.

Ketika itu, DAP yang meletakkan PP Sanmugam sebagai wakil parti itu hanya memperoleh 9.4 peratus daripada undi yang dibuang dan hampir kehilangan wang depositnya.

“Apabila DAP menentang PSM pada tahun tahun 2004, ini hanya memberi kemenangan kepada BN, jadi jika DAP bertanding di Sungai Siput, ini hanya akan membantu BN,” katanya.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming semalam mengatakan parti itu akan meletakkan calon di Sungai Siput sebagai susulan keputusan PSM untuk bertanding di kerusi yang kini dimiliki oleh PH.

Nga Kor MingPSM telah meletakkan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj sebagai calon parti itu di Sungai Siput sebanyak empat kali sejak tahun 1999.

Pada tahun 1999, Jeyakumar bertanding atas tiket DAP, dan pada tiga pilihan raya umum berikutnya, atas tiket PKR.

Pada tahun 2008, Jeyakumar akhirnya berjaya menumbangkan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang memegang kerusi Parlimen Sungai Siput selama sembilan penggal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast