Gambar hiasan

SIBU – Seorang datuk dan seorang bapa saudara  ditahan atas dakwaan merogol seorang mangsa yang juga darah daging mereka  sendiri yang berusia tujuh tahun sejak tahun lepas.

Perkara tersebut mula diketahui pada 2 September lalu apabila kanak-kanak malang itu memberitahu ibunya yang dia telah berulang kali dirogol sejak berumur enam tahun.

Datuk mangsa berusia 53 tahun baharu sahaja dibebaskan dari penjara tahun lalu selepas menjalani hukuman selama 12 tahun dan lima kali sebatan kerana merogol kakak mangsa pada tahun 2008.

Kejadian tersebut berlaku di rumah panjang milik datuknya di Sungai Durin di mana kanak-kanak tersebut dan ibunya tinggal.

Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Supritendan, Irwan Hafiz menahan bapa saudara mangsa yang berusia 35 tahun di kilang balak dekat Durin pada tengahari tadi.

Pasukan yang sama turut menahan datuk mangsa yang tidak bekerja di rumah panjang berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast