Home Ekonomi Harga minyak mentah susut

Harga minyak mentah susut

Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak merosot pada hari Rabu berikutan permintaan bagi minyak mentah lemah di tengah-tengah penutupan kilang penapisan ekoran Taufan Harvey yang melanda teluk Amerika Syarikat 10 hari lalu.

Belum habis kesan bencana alam itu, pasaran kini tertumpu kepada Taufan Irma, kategori ribut kelima yang dijangka melanda laluan penting perkapalan di Caribbean.

Banyak kilang dan saluran paip terjejas oleh Taufan Harvey dan kini dalam proses memulakan operasi, penganalisis meramalkan ia akan mengambil sedikit masa sebelum industri petroleum Amerika Syarikat kembali kepada kapasiti penuh pemprosesan minyak mentah.

Sehingga semalam, kira-kira 3.8 juta tong kapasiti penapisan harian atau kira-kira 20 peratus, ditutup, walaupun beberapa kilang penapis dalam kumpulan itu sedang dalam proses memulakan semula operasi.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada harga AS$48.63 setong pada 0048 GMT, turun AS$0.03 sen berbanding harga penutup.

Di pasaran minyak antarabangsa, harga minyak mentah Brent merosot AS$0.19 sen kepada AS$ 53.19 setong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast