Home Dunia 2 tebusan Indonesia berjaya dibebaskan tentera Filipina

2 tebusan Indonesia berjaya dibebaskan tentera Filipina

Anggota kumpulan pemberontak Abu Sayyaf. foto Agensi

MANILA – Tentera Filipina menyelamatkan dua tebusan Indonesia selepas satu pertempuran yang menewaskan lima penculik dari kumpulan militan Abu Sayyaf, semalam.

Pertempuran bersama kira-kira 20 anggota kumpulan itu menyebabkan lima anggota tentera berlaku di kubu kuat Jolo di rantau Mindanao, kata Brigadier-Jeneral Cirilito Sobejana.

“Beberapa minit kemudian, kami memintas sebuah van yang membawa dua tebusam Indonesia semasa mengejar kumpulan Abu Sayyaf selepas pertempuran itu.

“Tebusan itu selamat dan sudah menjalani pemeriksaan perubatan,” katanya.

Sobejana berkata, kedua-dua nelayan Indonesia telah diculik di atas bot yang didaftarkan di Malaysia pada November tahun lalu di perairan berhampiran negeri timur Malaysia Sabah.

Tentera berkata kumpulan itu dipercayai masih mempunyai sekitar 18 tebusan di pulau Jolo dan Basilan, termasuk berpuluh-puluh warga asing dari Indonesia, Jepun, Malaysia, Belanda dan Vietnam. – MalaysiaGazette