Home Ekonomi Brent diniagakan AS$54.12 setong

Brent diniagakan AS$54.12 setong

SINGAPURA – Harga minyak dunia kembali stabil hari ini, disokong oleh kenaikan permintaan dari Amerika Syarikat selepas loji-loji penapisan minyak sudah mula beroperasi semula selepas Taufan Harvey.

Dengan pengeluaran minyak mentah yang tinggi, termasuk dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), bermakna terdapat bekalan yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat diniagakan pada AS$49.12 tong pada 0146 GMT, turun AS$0.04 berbanding dagangan sebelumnya.

Tetapi harga itu tidak jauh berbanding rekod tiga minggu tertinggi yang dicapai pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pula turun AS$0.08 sen kepada AS$54.12 setong, walaupun masih tidak jauh dari paras tertinggi bulan Mei yang dicapai sehari sebelumnya.

Kemudahan Pantai Teluk Amerika Syarikat dipulihkan secara perlahan-lahan daripada kesan buruk Taufan Harvey, yang melanda Louisiana dan Texas hampir dua minggu yang lalu.

Bencana alam itu menyebabkan kemudahan utama industri minyak dan gas asli Amerika Syarikat ditutup.

Menjelang hari Rabu, kira-kira 3.8 juta tong kapasiti penapisan harian atau kira-kira 20 peratus, masih ditutup, meskipun beberapa kilang penapis serta pelabuhan petroleum sedang dalam proses memulakan semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast