BNM

KUALA LUMPUR – Belum tiba masanya untuk Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR).

Malaysian Rating Corporation Bhd. (MARC) dalam laporan kajian ekonominya berkata, di sebalik pelbagai spekulasi mengenai kenaikan OPR, beberapa petunjuk ekonomi mungkin dijadikan sandaran BNM untuk mengekalkan kadar faedah buat masa ini.

“Inflasi pada separuh pertama 2017 kebanyakannya didorong oleh faktor kos terutamanya peningkatan harga petrol (RON95).

“Faktor permintaan kekal tidak menjejaskan, ini bersandar kepada trend utama Indeks Harga Pengguna yang kekal stabil pada purata 2.5 peratus  sehingga hari ini.

“Ini menunjukkan tekanan harga meningkat dalam ekonomi,” kataya sambil menambah inflasi akan menyederhana kepada purata 3.5 peratus pada 2017.

Tambah agensi itu, penerangan terkini BNM mengenai keadaan semasa inflasi turut memberi bayangan tiada keperluan mendesak untuk menaikkan OPR. – MalaysiaGazette