Home Sukan Bibiana Steinhaus pengadil wanita pertama Bundesliga

Bibiana Steinhaus pengadil wanita pertama Bundesliga

Bibian Steinhaus merupakan wanita pertama yang akan menjadi pengadil perlawanan liga utama dalam Bundesliga Ahad ini. - the Telegraph

JERMAN – Bibiana Steinhaus bakal muncul sebagai wanita pertama yang mengadili perlawanan bola sepak Bundesliga minggu ini.

Berita itu diumumkan Persekutuan Bola Sepak Jerman hari ini.

Pegawai Polis berusia 38 tahun itu akan mencatat sejarah dengan menjadi pengadil perlawanan antara kelab Herta Berlin dan Werder Bremen di Olympiastadion pada Ahad ini.

Dalam satu kenyataan pengumuman berita berkenaan dalam laman web rasmi Deutsche Fussball-Bund (DFB) pada Khamis, Steinhaus berkata:” penyertaan saya dalam perlawanan pertama Bundesliga sangat baik dan teruja.

“Saya gembira dengan cabaran baharu (pengadil) pada Ahad ini dan sudah bersedia menghadapinya” katanya.

Steinhaus pernah menjadi pengadil untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Wanita sejak liga kedua Jerman bermula 2007 lagi.

Pengurus kelab Bremen, Alexander Nouri berkata, Steinhaus layak mendapat pengiktirafan itu.

“Saya menghormati terhadap pencapaian dan tidak sabar melihat dia mengadili perlawanan kami Ahad ini,” tegasnya.

Pada tahun 2015, pemain tengah Hoffenheim, Kerem Demirbay yang beraksi bersama Fortuna Dusseldorf digantung lima minggu oleh DFB selepas didakwa mendera Steinhaus dengan berkata tidak ada tempat untuk wanita dalam bola sepak lelaki selepas dibuang padang oleh pengadil wanita itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast