MEXICO CITY – Gempa bumi 8.1 skala Richter yang berpusat di Lautan Pasifik iaitu 1,000 kilometer tenggara Mexico City menggegar ibu negara Mexico itu awal pagi ini.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGC) melaporkan gempa berlaku pada kedalaman 69.7 kilometer.

Sekurang-kurangnya empat mati dan amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran dapat dirasai sejauh 120 kilometer dari Mexico City dan Guatemala pada jam 12.49 malam waktu tempata ketika ramai orang sedang tidur.

CCN melaporkan Presiden Mexico, Enrique Péna Nieto memberitahu televisyen tempatan tiga orang mati dalam kejadian itu dan dua daripadanya mati dalam runtuhan rumah.

Tsumani disahkan akan membadai dengan ketinggian satu meter, menurut twitter Pusat Amaran Tsunami.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Guatemala, Panama, El Savador, Costa Rica, Nicaragua, Honduras serta Ecuador.

Televisyen tempatan melaporkan banyak kerosakan, termasuk hospital yang kehilangan elektrik dan beberapa bumbung bangunan runtuh. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast