Home Nasional Malaysia perlu berani melangkaui pencapaian lazim – PM

Malaysia perlu berani melangkaui pencapaian lazim – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia harus sentiasa meletakkan sasaran pencapaian yang tinggi bagi membolehkan negara terus terkehadapan dan mencipta lebih banyak kisah pembangunan dan kejayaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dalam usaha kerajaan menjayakan Dasar Digital Malaysia dan mempersiapkan negara menuju era Revolusi Perindustrian Keempat, Malaysia tidak mempunyai pilihan melainkan mesti berani dan meyakinkan diri bahawa negara mampu untuk melonjak lebih jauh daripada biasa.

“Maknanya, pencapaian kita mulai kini seharusnya mampu melangkaui batas-batas pencapian yang sudah lazim, atau “we must always raise the bar high and continue to keep the bar high for Malaysia”.

“Barulah Malaysia kelak, bukan setakat dikenali sebagai ‘role model’ sebuah negara Islam, akan tetapi secara duniawinya, bakal menjadi rujukan kawan dan lawan sebagai sebuah negara dinamik ‘High Income Advanced Economy’ yang disegani,” katanya ketika menggariskan hala tuju negara dalam ucapan sembah tahniah bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara, di sini, hari ini.

Tambahan, perdana menteri berkata Malaysia sekarang sudah berjaya diletak pada landasan yang tepat dan benar menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50), sekaligus bermakna negara tidak boleh lagi kekal di takuk lama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast