MEXICO CITY – Jumlah mangsa korban gempa bumi di selatan Mexico dijangka meningkat dan sehingga kini 61 orang disahkan terkorban, menurut sumber rasmi.

Operasi besar-besaran masih dijalankan di kawasan terjejas teruk seperti Tabassco, Oaxanca dan Chiapas bagi mencari mangsa di bawah runtuhan.

Presiden Enrique Pena Nieto memberitahu, sekurang-kurangnya 200 orang cedera.

Gempa 8.1 skala Richter pada awal pagi Jumaat lalu merupakan gempa terkuat yang pernah direkodkan di kawasan itu.

Pena turut mengisytihar darurat dan bendera dikibar separuh tiang bagi menghormati mangsa yang terkorban.

Beliau sempat meninjau kawasan terjejas semalam.

BBC melaporkan amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini telah ditarik balik. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast