NEW YORK – Rafael Nadal akan berdepan jaguh tenis Afrika Selatan, Kevin Anderson di pusingan akhir Terbuka AS pada Isnin ini.
Jaguh nombor satu dunia itu, menampilkan aksi penuh bergaya dalam aksi separuh akhir petang semalam sebelum menundukkan lawannya dari Argentina, Juan Martin del Potro.
Pada set pertama, Nadal dikejutkan dengan 4-6 oleh Anderson yang mendominasi gelanggang sehingga Nadal tidak dapat mencari peluang mata.
Bagaimanapun pada set kedua Nadal bangkit semula sebelum menempah tiket ke aksi akhir dengan skor 4-6 6-0 6-3 6-2.
Sekiranya Nadal menang pada final Isnin ini, ia akan menjadi kejuaraan Grand Slam ke16 dalam kariernya yang dianggap satu pencapaian terbaik.
Lawannya pada Final, Anderson, 31, yang menduduki rangking ke-32 dunia turut menang 4-6 7-5 6-3 6-4 pada akhi separuh akhir setelah mengharungi cabaran sengit daripada lawannya, pemain yang menduduki rangking 12 dunia, Pablo Carreno Busta petang Sabtu.
Nadal, pada Jun lepas menjulang kejuaraan Terbuka Perancis dan diramal mempunyai kelebihan ke atas Anderson menjelang final Isnin ini.
Bagi Nadal juga kemenangan pada separuh akhir Terbuka AS kali ini menentang del Potro merupakan yang ke-15 sejak tumbang kepada pemain itu pada 2009.
“Ini merupakan tahun yang penuh beremosi untuk saya kali ini.
“Saya sekali lagi berada pada pusingan akhir Grand Slam dan berpeluang untuk berebut satu lagi gelaran berprestij yang sangat penting dalam karier saya,” kata Nadal.
Dalam pada itu bagi Anderson ia merupakan aksi akhir Grand Slam pertama dalam kariernya.
Anderson yang akan bertemu Nadal pada Final begitu teruja dengan kemenangannya pada separuh akhir petang tadi.
Anderson bakal muncul sebagai juara Grand Slam yang tunggal bagi Afrika Selatan kali jika mampu menundukkan Nadal pada Isnin nanti. – MalaysiaGazette