KUALA LUMPUR – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkemuka ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang jururawat berusia 19 tahun ketika menerima rawatan di wad sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata lelaki bergelar datuk berusia 58 tahun itu ditahan di sekitar Subang Jaya tengah hari tadi.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, suspek dikatakan mencabul mangsa dengan memegang punggung, payudara dan mencium pipi jururawat itu yang sedang menjalankan tugas,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Fadzil berkata suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast