LONDON – Tidak dinafi personaliti dan bekas bintang bola sepak David Beckham sehingga kini masih lagi menjadi kegilaan peminat biarun usianya sudah mencecah 42 tahun,
Selain sentiasa tampil dengan imej bergaya, ketampanan wajah bapa empat cahaya mata ini juga menjadi daya tarikan utama.
Namun, timbul dakwaan mengatakan suami kepada ikon fesyen Victoria Beckham ini mengamalkan suntikan demi kekal kacak.
Dakwaan tersebut diutarakan oleh salah satu pengikut Beckham di ruangan komen foto yang dimuat naik menerusi Instagram.
Pada foto tersebut, menunjukkan Beckham bersama isterinya duduk di barisan hadapan dalam satu acara pertunjukkan fesyen New York (NYFW) yang lalu.
“Botox membuatkan wajah David tampak lebih tampan,” komen seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @stasdoeshair.
Dan buat pertama kalinya selepas selama ini dia memilih untuk berdiam, Beckham membalas komen tersebut dengan menegaskan dia tidak pernah menyuntik botox.
“Saya sangat tidak setuju dengan suntikan botox miss @stasdoeshair. Tapi saya menganggap komen kamu sebagai satu pujian,” balasnya.