Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Seorang pelancong warganegara Maghribi yang mengigit tangan kanan pemilik salon sehingga lebam kerana tidak berpuas hati warna rambutnya, hari ini didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Bali Khadija, 24, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kesakitan dan kecederaan kepada seorang wanita warganegara Iran, Neda Bakhtiary .

Wanita yang belum berkahwin itu melakukan kesalahan tersebut di Prettify.Com, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang di sini pada 6 petang, 2 Sept 2017 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Terdahulu , tertuduh yang diwakili peguam Razman Sahat memohon hukuman denda paling minimum kerana ini kesalahan pertama anak guamnya dan dia juga telah menyesal manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh telah datang ke salon untuk mewarnakan rambutnya. Bagaimanapun, selepas selesai proses mewarnakan rambut, tertuduh tidak berpuas hati dan bertindak menggigit tangan kanan pemilik salon itu.

Pekerja di salon itu kemudian membuat laporan di balai polis berdekatan berkaitan kejadian yang menimpa majikannya.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast