Sebahagian anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran sedang menunggu laporan lengkap berkaitakan kejadian yang meragut nyawa 22 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR  – Sebilangan ahli keluarga mangsa pelajar tahfiz yang maut ekoran kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut akibat kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi tadi akan diberikan taklimat mengenai kejadian.

Tinjauan mendapati, ibu bapa, guru-guru tahfiz dan ahli keluarga mangsa sedang menunggu taklimat yang akan diadakan pihak berkuasa kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Wajah sugul dan suasana hiba menyelebungi suasana perkarangan surau Al-Madrasatul Iftifaqiyah, Jalan Keramat Ujung.

Turut kelihatan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Malah turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kejadian itu, seramai 24 daripada 25 mangsa termasuk 22 orang penuntut dan dua orang guru di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah maut akibat kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

Kesemua mangsa ditemui rentung di tingkat atas pusat tahfiz berkenaan yang didiami oleh 36 penuntut dan enam orang guru.

Seorang lagi mangsa dikatakan meninggal di hospital.

Penuntut-penuntut yang meninggal dunia berusia antara 13 hingga 17 tahun itu dipercayai sesak nafas akibat sapa tebal daripada kebakaran itu. -MalaysiaGazette.