LONDON, Sept 15 - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is saddened by the Darul Quran Ittifaqiyah Tahfiz Center fire tragedy that killed 23 victims at a press conference after a bilateral meeting with Prime Minister of United Kingdom Theresa May in 10 Downing Street on Thursday. --fotoBERNAMA (2017) COPYRIGHTS RESERVED LONDON, 15 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersedih dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di tanah air yang mengorbankan 23 nyawa pada sidang media selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri United Kingdom Theresa May itu di '10 Downing Street' pada Khamis. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA
LONDON – Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan rasa sedih atas tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara awal pagi semalam, yang menyebabkan 21 pelajar dan dua guru terkorban.

Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Saya mendoakan agar roh mereka disemadikan bersama para syuhada kerana mereka mempunyai iman yang kuat, ” katanya pada sidang media selepas pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom Theresa May di pejabat Perdana Menteri UK itu di 10 Downing Street di sini pada Khamis.

Najib seterusnya menasihati pihak pengurusan tahfiz di seluruh negara agar memandang berat aspek keselamatan dengan mematuhi semua garis panduan berhubung keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian serupa berulang. — BERNAMA