Orang ramai dan ahli keluarga mengusung serta mengiringi jenazah allahyarham Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri,10, salah seorang mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 SEPTEMBER 2017
KUALA LUMPUR – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini sebaik van yang membawa jenazah pertama mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah tiba untuk disemadikan.
Orang ramai dan ahli keluarga mengusung dan mengiringi jenazah allahyarham Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri,10, salah seorang mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 SEPTEMBER 2017
Ahli keluarga serta orang ramai yang membanjiri tanah perkuburan tersebut tidak dapat menahan air mata apabila jenazah Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, diusung dan dibacakan talkin sebelum dikebumikan.
Jenazah Allahyarham Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri,10, disemadukan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 SEPTEMBER 2017Ahli keluarga Allahyarham Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri,10, tidak dapat menahan sebak ketika melihat anaknya dibawa masuk ke dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 SEPTEMBER 2017
“Kalau ada kes untuk didakwa, saya serah kepada badan penguatkuasa tentang baju warna apa. Tapi kalau setakat ini, saya hormati pandangan kerana orang yang rasa bagi kerjasama dalam siasatan. Tak perlulah dikenakan baju oren kerana beri persepsi yang berbeza,” katanya.