Home Dunia Bayaran tol elektronik punca 10,000 hilang pekerja

Bayaran tol elektronik punca 10,000 hilang pekerja

JAKARTA – Lebih 10,000 pekerja bakal kehilangan sumber pendapatan apabila bandaraya Jakarta melaksanakan bayaran secara elektronik di tol-tol.

Pengerusi Konfiderasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI), Said Iqbal berkata, nasib pekerja di situ sepatutnya diberi keutamaan berbanding sistem elektronik yang tidak menggunakan pekerja.

“Setiap tol menggunakan tiga hingga lima pekerja dalam tiga tempoh kerja bergilir-gilir setiap hari. Jika sistem baharu ini digunakan, semua pekerja akan hilang pekerjaan,” ujar Said.

Bermula Selasa lalu, sistem baharu tol telah dimulakan secara berperingkat sehingga 31 Oktober.

Presidn Asiosiasi Serikat Pekerja Indonesia (ASPEK), Mirah Sumirat berkata, sistem baharu itu tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kerana kesesakan berpunca daripada jumlah kereta yang semakin banyak. – MalaysiaGazette