Kamarul Ariffin Hamzah (kiri) melayan pasukan hoki Sukan SEA pada jamuan makan malam di restoran 'Patin Best In Kampung Baru' malam ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 40 pemain hoki pasukan Sukan Sea lalu diraikan pemilik restoran ‘Patin Best In Kampung Baru’ malam ini.

Mereka diraikan ekoran kejayaan mengutip pingat emas pada acara itu manakala sebahagian pemain berkenaan merupakan pelanggan tetap di restoran itu.

Pengurus restoran, Kamarul Ariffin Hamzah berkata, beliau sangat menghargai kejayaan para atlet berkenaan yang telah mengharumkan nama negara pada temasya sukan yang lalu.

“Malam ini kami rai kejayaan mereka itu. Kami jamu dengan pelbagai jenis masakan yang menjadi kegemaran pelanggan di sini. Kami juga mahu berkongsi kegembiraan dengan mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di sini.

Menurut Kamarul, antara masakan yang disajikan kepada atlet berkenaan seperti patin tempoyak, ayam masak lemak, sayur kampung, ikan sepat masin dan ulam-ulaman. – MalaysiaGazette