Gambar hiasan
BANGKOK – Polis di selatan Thai menggagalkan percubaan menyeludup sejumlah besar ganja ke Malaysia bila ia berjaya merampas 1,286kg (1.28 tan metrik) dadah tersebut dalam dua insiden berasingan di Songkla dan Satun.

Menurut pemangku ketua Polis Kawasan 9 Wilayah Lt Jen Ronnasil Phusara, seorang lelaki ditahan di di Songkla pada 12 Sept sementara seorang lagi ditahan di Satun dua hari kemudian.

“Polis menemui 589kg dari sebuah rumah sewa di Chana, Songkla, sementara 697kg lagi dadah dirampas di Satun. Lelaki itu mengaku bahawa ganja itu untuk dibawa ke Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, ganja itu berasal dari negara jiran Laos, diseludup masuk ke Thailand dan dibawa ke wilayah-wialayah di selatan.

Lelaki yang ditangkap di Satun menurut Ronnasil, mendakwa dia dibayar 10,000 Baht (RM1,250) oleh seorang Thai untuk membawa dadah itu dan meninggalkannya di sebuah lokasi, tetapi rancangan itu digagalkan polis.

— BERNAMA



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast