Home Ekonomi Kutipan GST tahun ini melebihi RM42b

Kutipan GST tahun ini melebihi RM42b

KUALA LUMPUR – Kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini diunjur melebihi RM42 bilion tahun ini berbanding RM41 bilion tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, ini kerana kutipan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu telah melebihi jumlah tahun 2016.

“Tahun ini, kami akan melepasi jumlah RM42 bilion,” katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan GST di sini.

Malaysia melaksanakan GST pada 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus.

Beliau berkata, jabatan itu mencadangkan pindaan dalam Akta GST bagi meningkatkan kecekapan cukai digital ekonomi.

Menurut beliau, pendekatan itu akan meransang ekonomi negara pada masa depan.

Beliau berharap pindaan itu dapat dibuat pada sidang Parlimen bulan depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast