Home Dunia Snapchat sekat akses Al-Jazeera di Arab Saudi

Snapchat sekat akses Al-Jazeera di Arab Saudi

RIYADH – Platform media sosial Snapchat telah menyekat akses kandungan Al Jazeera di Arab Saudi.

Snapchat berkata, sekatan itu diminta oleh pihak berkuasa Saudi untuk menghapuskan Rangkaian Discover Publisher kerana ia melanggar undang-undang tempatan.

Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Negara-negara itu menuduh Qatar menyokong keganasan.

Arab Saudi mengamalkan persekitaran media paling ketat di dunia, menurut kumpulan hak asasi manusia dan pembela kebebasan media.

Tetapi pihak berkuasa Arab Saudi tidak menyukai Al Jazeera.

Malah dalam salah satu tuntutan untuk menghapuskan sekatan kepada Qatar, Arab Saudi mahu operasi Al-Jazeera ditutup.

Syarat-syarat tersebut kemudian ditarik balik.

Arab Saudi adalah salah satu pasaran media sosial terbesar di Timur Tengah, didorong oleh kadar pemilikan telefon pintar yang tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast