Home Nasional Kes denggi awal bulan ini meningkat

Kes denggi awal bulan ini meningkat

Seorang penyembur Aedes, menyembur asap nyamuk bagi memastikan keadaan sekitar kawasan perumahan dijauhi nyamuk aedes ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Taman Permata, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI,11 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Kes demam denggi meningkat dengan 1,223 kes bagi tempoh 3 hingga 9 September berbanding 1,171 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, meskipun peningkatan kes tidak ketara namun langkah pencegahan dan kawalan perlu diambil segera supaya trend pertambahan kes dapat dibendung.

Jumlah kumulatif kes denggi yang direkodkan berkurangan sebanyak 11,171 kes kepada 66,906 berbanding 78,077 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Jumlah keseluruhan kematian demam denggi juga menurun sebanyak 27 kematian dengan 149 kematian dilaporkan pada tempoh sama tahun ini berbanding 176 kematian pada 2016.

Dalam kenyataannya, Dr. Noor Hisham berkata, sejumlah 438 lokaliti wabak demam denggi dilaporkan di 14 negeri dan 71 lokaliti ‘hotspot’ semasa direkodkan di enam negeri. – MalaysiaGazette