TOKYO – Peningkatan penghantaran kereta dan barangan elektronik pada Ogos memacu pertumbuhan eksport Jepun ke paras terpantas dalam tempoh empat tahun, sekali gus menjadi bukti permintaan luar negara cukup kukuh untuk menyokong perkembangan ekonomi sihat.
Peningkatan tahunan 18.1 peratus dalam eksport adalah kadar terpantas sejak November 2013.
Keputusan eksport Ogos meningkat pada Julai sebanyak 13.4 peratus dan mencatatkan peningkatan kesembilan berturut-turut.
Pertumbuhan eksport dijangka berterusan berikutan ekonomi global kekal pada asas yang kukuh yang mana memberi keyakinan kepada pembuat dasar Jepun terhadap unjuran ekonomi.
Bank of Japan dijangka mengekalkan dasar semalaman pada mesyuarat berakhir Khamis ini kerana iNflasi masih kekal rendah walaupun data menunjukkan pertumbuhan ekonomi kukuh.
Eksport Jepun meningkat 10.4 peratus pada Ogos berbanding setahun lalu.
Peningkatan penghantaran kereta, alat ganti kenderaan, pengeluaran semi-konduktor ke Amerika Syarikat meningkat sebanyak 21.8 peratus berbanding 11.5 peratus tahun tahun lalu.- MalaysiaGazette