LONDON – Kerajaan United Kingdom menggantung bantuan kewangan kepada tentera Myamar berikutan keganasan berterusan yang berlaku di negara tersebut.
Keganasan di Rakhine menyaksikan lebih 400,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Kementerian Pertahanan Britain berkata, penggantungan sebanyak 300,000 pound itu dibuat sehingga situasi semasa terkawal.
Bantuan dana berjumlah 300,000 pound itu digunakan untuk membiayai kursus-kursus pendidikan ketenteraan.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan keganasan yang berlaku ke atas penduduk Rohingya umpama pembersihan etnik.
Tetapi jurucakap kementerian itu berkata: “Dengan keganasan berterusan … dan keprihatinan kita terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang sedang berlaku, kita telah memutuskan untuk menangguhkan kursus pendidikan yang diberikan kepada tentera Burma sehingga ada resolusi yang dapat diterima kepada keadaan semasa. ”
Ia berikutan terdapat laporan tentera negara itu telah membakar kampung Rohingya.
Meskipun begitu pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mendakwa tidak ada konflik di rantau itu sejak 5 November lalu dan tidak berlaku pembersihan etnik dalam tempoh dua minggu ini.
Tetapi media BBC melaporkan dari Bangladesh bahawa wartawan dapat melihat kebakaran kampung Rohingya pada 7 September lalu. – MalaysiaGazette