KUALA LUMPUR – Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Presiden Iran, Ebrahim Raisi; menteri luar, Hossein Amirabdollahian dan beberapa lain selepas helikopter yang mereka naiki melakukan pendaratan cemas di Dizmar.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat Iran dan semua yang terkesan oleh insiden ini. Malaysia bersolidariti dengan Iran dan berdoa bersama negara tersebut pada waktu yang mencabar ini,” kata Kementerian Luar Negeri.

Hari ini, Kerajaan Iran telah mengesahkan Ebrahim Raisi, Hossein dan semua penumpang lain di dalam helikopter tersebut telah terkorban dalam nahas terbabit.

Helikopter yang membawa Ebrahim dan rombongannya dilaporkan melakukan pendaratan cemas di Dizmar, yang terletak di antara Brazin dan Ardeshiri di wilayah Azerbaijan Timur, pada 19 Mei, jam 4.30 petang waktu tempatan.

Kejadian berlaku semasa Ebrahim dalam perjalanan pulang selepas merasmikan Qizqalaasi yang terletak di sungai Aras bersama Presiden Azerbaijan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast