Fotografi bahagian luaran dan dalaman model kereta terbaru Boyue yang akan diperkenalkan untuk tontongan umum pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman diantara DRB-HICOM Berhad dan Zhejiang Creely Holding Group di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKZAIREY SALIM, 23 JUN 2017

KUALA LUMPUR – Jualan kenderaan baharu mungkin berkurangan pada Ogos lalu berbanding tahun sebelumnya namun jumlah keseluruhan jualan sehingga hari ini masih berada di paras yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Menurut MIDF Research, pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 384,734 unit bagi lapan bulan pertama tahun 2017 masih lagi lebih tinggi daripada unjuran pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus atau 596,000 unit.

Firma tersebut menjangkakan pertumbuhan lebih positif tetapi ia sangat bergantung kepada kempen-kempen akhir tahun.

Toyota telah melancarkan empat model muka baharu dengan penambahan varian kepada Vios, Camry, Fortuner, Hilux dan Innova kebanyakannya pada bulan ini.

Mazda dijangka melancarkan generasi baharu CX5 dalam tempoh dua minggu lagi.

“Pelancaran-pelancaran tersebut akan merangsang penjualan dengan lebih pada suku ini.,” kata firma penyelidikan tersebut dalam laporannya hari ini.

Myvi baharu juga akan dilancarkan Perodua dalam suku keempat tahun ini.- MalaysiaGazette