KUALA LUMPUR – “Saya sudah nak berhenti tuan,” kata seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan dalam Ops Bah malam tadi.

Operasi tersebut diijalankan oleh DBKL sendiri bersama 14 agensi yang lain termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di PPR Desa Rejang, Setapak di sini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Datuk Izhar Abu Talib sendiri menyoal siasat kakitangan DBKL tersebut bersama dua rakannya yang sedang melepak ketika pemeriksaan rambang dari rumah ke rumah dilakukan.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK, Datuk Izhar Abu Talib bercakap kepada media ketika operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 FOKUS kepada penyalahgunaan dadah di PPR Desa Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur. foto 21 SEPTEMBER 2017

Duda berusia 40 tahun itu tinggal bersama anak perempuannya, tetapi semasa operasi dia memberitahu anaknya tiada di rumah kerana tidur di rumah rakan.

Izhar bersama beberapa anggota lain memeriksa rumah rumah tersebut selepas melihat banyak selipar di depan rumah dan mengesyaki wujud aktiviti tidak baik dilakukan mereka.

Ketika soal siasat, kakitangan DBKL dan dua rakannya itu menafikan telah mengambil dadah, bagaimana sebaik diberitahu ujian air kencing akan dilakukan, mereka terus mengaku.

Ketiga-ketiga yang ditahan tinggal di blok yang sama di PPR tersebut.

Penagih-penagih dadah yang ditahan menaiki kenderaan  DBKL dalam operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 di PPR Desa Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur. foto 21 SEPTEMBER 2017

Ada kalangan kakitangan DBKL yang sedang bertugas mengenali individu yang ditahan itu menggelengkan kepala apabila mengetahui dia terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Kami kenal staf itu, tak sangka pula dia terlibat dalam dadah.

“Minggu lepas dia ada ikut dalam operasi kami buat,” keluh staf DBKL itu semasa melihat rakannya ditahan.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke dewan di bawah PPR untuk ujian air kencing dan kemudiaannya dibawa memasuki trak DBKL untuk ke balai polis berdekatan.

Dalam operasi siri ke-38 itu seramai 19 individu ditahan.

Sebahagian daripada penagih dadah yang ditahan ketika operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 di PPR Desa Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur. foto 21 SEPTEMBER 2017

Rakan-rakan DBKL yang bertugas ada juga mengenali individu tersebut yang ditahan dan mereka menggelengkan kepala apabila mengetahui terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Kami kenal staf itu, tak sangka pula dia terlibat dalam dadah.

“Minggu lepas dia ada ikut dalam operasi kami buat,” keluh staf DBKL itu semasa melihat rakannya ditahan.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke dewan terletak bawah PPR untuk ujian air kencing dan kemudiaannya dibawa memasuki trak DBKL untuk ke balai polis berdekatan.

Operasi berakhir kira-kira jam 2 pagi dan kesemua 19 individu berjaya ditangkap dalam operasi di PPR Desa Rejang malam tadi.

Beberapa barang rampasan seperti ganja dan peralatan menghisap dadah juga dirampas.

Antara barangan yang dirampas ketika operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) Wilayah Persekutuan Siri 38 di PPR Desa Rejang, Persiaran Rejang, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur. foto 21 SEPTEMBER 2017

Izhar semasa ditemui media berkata, aktiviti penagihan dadah di PPR seluruh Kuala Lumpur agak membimbangkan dan tahap keseriusannya memerlukan pemantauan yang lebih kerap.

“Kawasan ini kena diberikan perhatian yang serius, sepanjang dua hari operasi ini kami ada menangkap remaja semuda 13 tahun yang terlibat penyalahgunaan dadah… kalau ada semuda itu, ini bermakna sememangnya ia sangat serius,” katanya.

Jelas Izhar, mereka yang tinggal di PPR cenderung terlibat dalam aktiviti penagihan kerana kepadatan penduduk dan juga aktiviti riadah yang terhad.

Sepanjang dua hari ops tersebut, lebih seribu orang berjaya ditahan dan mereka terlibat dalam pelbagai penyalahgunaan dadah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. orang dah jadi arang baru nak bertindak .itu pun nasib baik nak bertindaak . kalau dibiarkan akan berulang lah tragidi demi tragidi

Comments are closed.