Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad bergambar kenangan bersama barisan pelakon teater pada sidang media pementasan teater sulung SPRM, Bahara Emas di Bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2017

KUALA LUMPUR –  Teater Bahara Emas yang bakal dipentaskan di Auditorium DBP pada Oktober depan memaparkan sisi negatif gejala rasuah, salah guna kuasa dan tamak sehingga menyebabkan kejatuhan sebuah empayar hebat kepada kuasa asing.

Teater itu anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dekan Fakulti Teater ASWARA merupakan pengarah teater ini, Siti Rosminah Tahir yang juga bertindak selaku penulis skrip.
Teater Bahara Emas adalah naskhah klasik daripada cerita sejarah Melayu dan Tun Seri Lanang.
“Teater ini mengisahkan kejatuhan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berikutan gejala rasuah dalam kalangan rakyat dan pemimpin,” katanya.

Penerbit Teater Bahara Emas, Siti Rohayah Attan memberitahu, seramai 40 barisan pelakon pembantu terbabit dalam pementasan teater itu nanti.

Jelasnya apa yang menarik, barisan pelakon komersial yang menerajui pementasan ini adalah Esma Daniel, Datuk Jalaluddin Hassan, Farahdhiya, Amar Asyraf, Izzue Islam, kumpulan Forteen, Mardiana Alwi, Eyzendy Aziz, Zera Hariz, Aman Nasim dan Mubarak Majid.

Pelakon teater Bahara Emas, Farahdhiya semasa sesi fotografi di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 SEPTEMBER 2017

“Teater ini turut memuatkan lebih 10 lagu ciptaan komposer terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

“Rosminah juga menulis lirik untuk rangkaian lagu yang dicipta khas untuk teater ini iaitu Cinta Semalar Segar, Puji Sahabat, Bahara Emas, Serikandi Pertiwi dan Gurindam Melaka,” katanya.

Pelakon teater Bahara Emas, Esma Daniel di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 SEPTEMBER 2017

Sementara itu, Siti Rohayah berkata, Bahara Emas dipilih sebagai salah satu aktiviti untuk mengisi program sambutan ulang tahun ke-50 SPRM mulai Oktober depan.

“Orang ramai terutama peminat teater tempatan diminta tidak melepaskan peluang menonton pementasan yang juga projek teater sulung SPRM ini kerana selain percuma, ia dapat menggalakkan masyarakat mendekati SPRM melalui seni,” katanya.

Pementasan Bahara Emas akan mula dipentaskan di Auditorium DBP Kuala Lumpur bermula 19 hingga 22 Oktober nanti. – MalaysiaGazette

Pelakon teater Bahara Emas, Mardiana Alwi semasa photoshoot di Istana Budaya, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 SEPTEMBER 2017

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast