KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah, berukuran 3.8 skala Richter, dilaporkan berlaki di 35 kilometer timur laut Tongod, Sabah pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gegaran daripada genpa bumi itu mungkin dirasai di sekitar Tongod dan Beluran.

Selain itu, menurut JMM, gempa bumi sederhana berukuran 5.2 skala Richter turut menggegarkan Mindanao, Filipina, di 49 kilometer barat daya bandar Valencia dan 752 kilometer timur Laut Kinabatangan, Sabah.

Kejadian pada 4.47 pagi tadi bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast