Home Dunia Serpihan sayap pesawat hempap kereta

Serpihan sayap pesawat hempap kereta

OSAKA – Sebuah kereta rosak teruk selepas bahagian sayap pesawat KLM Royal Dutch Airlines jatuh dan menghempapnya.

Serpihan seberat 4 kilogram itu jatuh dari ketinggian 2,000 meter sebaik sahaja pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, merosakkan bumbung dan tingkap kereta berkenaan.

Panel bahagian sayap pesawat yang jatuh dari pesawat KLM Royal Dutch. foto AgensiTiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi KLM sedang membuat siasatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi KLM sedang membuat siasatan.

Serpihan itu pecah daripada sayap Boeing 777 ketika lebih daripada 300 penumpang berada di atas pesawat yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam. – MalaysiaGazette