Home Dunia Gempa melanda Papua New Guinea

Gempa melanda Papua New Guinea

SYDNEY – Gempa bumi dengan 6.0 magnitud melanda Papua New Guinea, menurut Agensi Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami di Pasifik dikeluarkan.

Gempa dengan kedalaman lima kilometer (tiga batu) berhampiran rantau New Britain, kira-kira 210 kilometer di tenggara Kokopo, kata USGS.

Kejadian gempa bumi adalah biasa berhampiran Papua New Guinea, yang terletak di pinggir Pasifik Australia sepanjang 4,000 kilometer.

Ia terletak di sebahagian kawasan “Ring of Fire”, hotspot untuk aktiviti seismik akibat geseran antara plat tektonik. – MalaysiaGazette