NEW YORK – Harga minyak naik melebihi tiga peratus dengan Brent mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun selepas pengeluar-pengeluar utama minyak berkata, pasaran sedang dalam proses penyeimbangan semula sementara Turki pula mengancam untuk menghentikan minyak dari wilayah Kurdistan, Iraq ke pelabuhannya.
Minyak mentah kontrak hadapan Brent ditutup meningkat pada AS$2.16 atau 3.8 peratus kepada AS$59.02 setong, tertinggi sejak Julai 2015.
Minyak mentah US West Texas Intermediate bagi penghantaran November meningkat AS$1.56 atau tiga peratus menjadikannya AS$52.22 setong, tertinggi sejak April.
“Kesemuanya didorong oleh idea pengurangan pengeluaran yang mula menampakkan hasil manakala kerja-kerja penyeimbangan semula pula sedang berjallan,” kata Pengarah Penyelidikan Pasaran, Tradition Energy, New York, Gene McGillian.- MalaysiaGazette