Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pembantu pendaftar Mahkamah Syariah Pekan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,500 tiga tahun lepas.

Hakim Siti Aminah Ghazali melepaskan Mohd Kahar Arshad , 48 daripada pertuduhan ke atasnya setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mohd Kahar sebelum ini didakwa menerima rasuah itu daripada seorang pembantu tadbir Hurul-Ain Hanafi pada jam 4.20 petang, 28 Mei 2014 di Restoran D\’Oasis, Jalan Putra Square, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan wang itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh membatalkan perkahwinan Hurul-Ain, 31, dengan suaminya Mohamad Zaki Ahmad Ghazali, 38, yang bernikah di Aceh, Indonesia yang dikatakan tidak sah selepas sijil pernikahan mereka dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Thailand.

Tertuduh ditangkap pada 28 Ogos 2014 selepas Hurul-Ain membuat laporan pada 27 Ogos 2014.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Alif Farhan Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Nizam Che Yassin.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast