Home Ekonomi Saham Asia merosot bimbang ketegangan di Korea

Saham Asia merosot bimbang ketegangan di Korea

Gambar hiasan

TOKYO – Saham-saham Asia merosot sementara dolar kekal tinggi berbanding yen berikutan ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea.

Saham-saham Indeks MSCI Asia-Pasifik di luar Jepun turun 0.2 peratus dalam dagangan awal, berikutan kerugian di Wall Street.

Manakala saham Australia naik 0.1 peratus manakala saham Korea Selatan turun 0.3 peratus.

Indeks saham Nikkei Jepun merosot 0.2 peratus, ditekan oleh yen yang lebih kukuh.

“Selain faktor yen yang lebih kuat menjejaskan saham hari ini, ia juga diburukkan dengan prestasi buruk Apple, selepas pembekal memberitahu akan mengurangkan penghantaran peralatan,” kata Norihiro Fujito, ahli strategi kanan pelaburan di Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Securities.

Dolar sedikit lemah berbanding yen pada 111.70.

Yen cenderung mendapat faedah semasa pengaliran risiko disebabkan oleh status pemiutang bersih Jepun dan jangkaan bahawa pelabur Jepun akan memulangkan aset apabila menghadapi krisis.

Euro melonjak selepas jatuh pada hari Isnin dan mata wang tunggal 0.1 peratus lebih tinggi pada AS$ 1.1856,manakala indeks dolar, yang menjejaki mata wang dolar berbanding bakul enam saingan utama turun 0.1 peratus pada 92.601. – MalaysiaGazette