TANPA kita sedar, manusia memerlukan jumlah tenaga yang sangat besar dalamĀ tubuh.

Semasa berehat, tubuh manusia memerlukan sekitar 3×10 18 molekul ATP ( adenosineĀ triphosphate) setiap saat bagi membolehkan sesuatu organ badan berfungsi dengan baik.

Tubuh manusia menghasilkan 70 hingga 80 kilogran bahan ini setiap hari untuk membolehkan seseorang berfungsi secara normal. Dan kita mempunyai sekitar 250 gram molekul tersebut pada setiap masa.

Otak kita menggunakan ATP yang dibentuk sebanyak hampir 22 peratus pada setiap masa.Ā ATP adalah molekul aktif yang terbentuk dari proses fosforilasi pada organel yang disebutĀ mitokondria.

Mitokondria ini terletak di dalam sel dan aktif selama 24 jam. Selain membentuk ATP, mitokoindria juga mempunyai aktiviti lain seperti mengawal flux kalsium, menjaga gradian ion, membentuk ROS (reactive oxygen species), pengisyaratan sel, mengawal regulasi pertumbuhan dan sintesis biologi yang lain.

Boleh dikatakan bahawa kesemua yang berlaku dari partikel sehingga ke alam kosmik memerlukan tenaga. Ia merupakan asas utama dalam fungsi alam.

Sebagai ahli perubatan, kita harus tahu bagaimana untuk mengawal dan mengendali tenaga tersebut.

Seorang doktor bernama Dr. David Jones menyatakan “abad ke-21 melihat bahawa sains hayat yang selama 20 tahun bergerak dengan begitu pantas dan menunjukkan bahawa setiap apa yang berlaku mempunyai perhubungan antara satu dengan yang lain dan terbentuk secara keseluruhan”.

Dalam erti kata lain, kehidupan manusia yang memerlukan unsur tenaga bertindak antara satu sama lain dan membentuk penyakit yang kita ketahui sekarang.

Penjelasan ini sangat memberi impak terhadap pengendalian kesihatan secara keseluruhan.

Penemuan awal akan hadirnya unsur tenaga berlaku kepada seorang askar Jerman bernamaĀ Hans Berger(1873-1941). Setelah jatuh kuda semasa mengikuti peperangan, beliauĀ menerima satu telegram dari bapanya yang menyatakan bahawa adik perempuannya yangĀ berada jauh dari beliau dapat merasakan kesakitan yang beliau hadapi.

Bermula dari situ, beliau memulakan experimen terhadap fisiologi otak secara rahsia. Dari situ diaĀ menemukan banyak aktiviti otak yang berlaku.Ā Antara yang ditemui adalah gelombang alpha ( dari otak anaknya yang berusia 15 tahun).

Kehadiran unsur tenaga menentukan sama ada sesorang itu akan sihat sepenuhnya atauĀ mati. Gangguan ini dikenali sebagai gangguan tenaga (energy disorders).

Ia bermula dari sesorang yang berada dalam tahap sihat maksima sehingga mereka meninggal dunia.

Tenaga mampu berlaku melalui segmen seperti gangguan biokimia, gangguan simptomatik,Ā diagnosa penyakit, degenerasi tanpa balik dan gangguan.

Gangguan ini boleh berlaku dalam 4 kumpulan utama. iaitu Tenaga Metabolik, Penggunaan tenaga sistemik, Pengaturcaraan klinikal dan Penggunaan tenaga teraputik.

Selain otak yang menggunakan tenaga yang tinggi sebanyak 22 peratus, organ lain sepertiĀ jantung menggunakan 9 peratus tenaga, hati sebanyak 21 peratus, buah pinggang 8 peratus, otot 22 peratus, mata, telinga pankreas, usus, saraf, sistem imun dan lain lain menggunakan hanya 16 peratus secara keseluruhannya.

Secara amnya, mitokondria merupakan organel yang sangat penting bagi pembentukan tenaga, iaitu ATP.

Bagaimanapun, mitokondria memerlukan bahan lain untuk menjana penmbentukan tersebut. Bahan utama bagi pembentukan APT ini adalah dari unsur yang terdapat pada makanan dan minuman kita.

Unsur karbon yang terdapat pada karbohidrat, protein dan lemak sangat memainkan peranan dalam metabolisma pembentukan ATP. Selain itu, oksigen juga diperlukan.

Karbohidrat akan mengalami proses glikolisis dan bergabung dengan kitaran TCA (kreb cycle).

Begitu juga dengan protein yang mengalami metabolisma deaminasi serta lemak yang mengalami proses oxidasi-beta. Kesemua ini akan membentu ATP yang diperlukan.

Terdapat banyak lagi mineral yang diperlukan bagi pembentukan ATP. Bahan seperti vitamin B1,B2, B3 dan B5 sangat diperlukan.

Selain itu, ia memerlukan Glutathione, Zat besi, Magnesium, CoQ10, Naicin dan Riboflavin.

Sebanyak 90 peratus dari oksigen diperlukan untuk membentuk ATP yang mencukupi pada jantung,
sekitar 2 peratus oksigen digunakan bagi pembentukan bahan yang mengakibatkan stres oksidasi.

Kita sebenarnya menghasilkan hampir 1 kilogram oksigen reaktif spesies setiap tahun. Bahan ini mampu menyebabkan 100,000 serangan kepada DNA mitokondria setiap sel setiap hari.

Kejadian stress oksidasi ini juga boleh diakibatkan oleh berbagai masalah lain seperti penambahan kalori, pengurangan CoQ10, pengurangan Glutathione, pengurangan Carnitine dan banyak lagi.
Pembentukan ini juga akan menghasilkan masalah lain seperti mengaktivasikan satu bahan yang dipanggil NF-kB, iaitu bahan yang akan mengakibatkan kerosakan selular.

Bagaimanapun tubuh sebagai organ yang bersifat penyeimbang akan bertindak balas dengan ROS ini.

Tubuh akan menghasilkan bahan seperti enzim, antioksidan pemakanan dan antioksidan dalaman bagi membendung kesan serangan ROS tersebut.

Penemuan awal gangguan proses mitokondria dapat dilihat daripada gangguan yang berlakuĀ kepada fungsi otak.

Mereka yang tidak mampu mengekalkan pembentukaan ATP akan memberi reaksi seperti tidak mampu mencari arah, tidak mampu menepati waktu, menggunakan masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja harian, tulisan tangan yang buruk, gangguan postur, masalah tona muka serta gangguan cara berjalan.

Mereka juga tidak mampu untuk memberikan prasejarah diri dengan sempurna serta selalu merasa lesu.

Mengetahui gangguan tenaga merupakan salah satu dari perkara yang amat dituntut bagi mengetahui tahap kesegaran seseorang individu.

Kebanyakan mereka yang mempunyai ganguaan mitokondria akan mengalami masalah seperti gangguan kesakitan, depresi, masalah neurodegenerasi, sakit kepala dan lesu. Gangguan ini jika dilihat secara biasa, ianya bukanlah menhjadi masaalah yang besar.

Namun, gangguna mitokondria yang mampu mengakibatkan proses ini dapat mengarahkan kita untuk melihat gangguan biokimia tubuh dengan lebih mendalam. – MalaysiaGazette

Penulis adalah ahli Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast