Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

KUALA TERENGGANU – Pas pertama kalinya tampil bersama badan bukan kerajaan (NGO) mesra parti itu dalam program yang dianggap terbesar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Selepas Pas membuat pembaharuan dalam organisasinya pada 2015, parti itu kini bersikap lebih terbuka untuk bekerjasama sama ada dengan individu mahupun NGO asalkan mereka menerima perjuangan Islam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap terbuka itu membuktikan Pas mengamalkan sistem politik sebenar dengan melibatkan penyertaan NGO mahupun orang perseorangan termasuk yang bukan Islam bersamanya.

“Kita tidak memaksa mana-mana pihak untuk menyertai politik, tetapi suasana (keadaan) politik itu sendiri yang memerlukan mereka.

“Jadi, Himpunan Fastaqim 2.0 yang berlangsung dua hari di Pantai Tok Jembal ini menunjukkan kepada puluhan ribu manusia (ahli dan penyokong Pas) bahawa kita seiring dengan NGO dan individu-individu yang menerima perjuangan kita,” katanya di sini, malam tadi.

Menurut Abdul Hadi, selepas berlaku pembersihan dalam Pas, parti itu tidak bersendirian, sebaliknya ada rakan politik dari Berjasa dan Parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) mahu berjuang bersamanya.

Malah, katanya, beberapa NGO juga menyatakan kesediaan mereka untuk bersama Pas, memperjuangkan Islam dalam satu pembentukan parti yang dinamakan Gagasan Sejahtera (GS).

Mengenai langkah Pas masih bersama PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) Selangor, Abdul Hadi menjelaskan, beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana rakan dalam pakatan itu sendiri yang keluar dari PR.

“Kita kekal bersama PKR Selangor. Tetapi parti lain (DAP) yang tarik diri keluar dari PR. Mereka tidak menghormati kita,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast