Home Nasional Pemandu treler bebas pengaruh dadah

Pemandu treler bebas pengaruh dadah

GUA MUSANG – Pemandu treler yang mengakibatkan kemalangan maut empat beranak di Kilometer 52, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, pagi semalam disahkan negatif dadah.

Pemandu berusia 30 tahun itu telah dibebaskan selepas polis selesai mengambil keterangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, punca kemalangan maut itu masih dalam siasatan.

Dalam kejadian pagi semalam. sebuah sebuah treler muatan beras dikatakan terbabas dan menghempap kereta Proton Wira yang dinaiki empat sekeluarga itu.

Kemalangan itu menyebabkan Zainuddin Anuar, 30, isterinya, Raizuamira Daud, 31 dan dua anak mereka, Nur Annisa Sofea, 2, dan Zayyan Nazreel, 13 hari meninggal dunia di tempat kejadian. – MalaysiaGazette