Antara yang ditahan dalam serbuan okeh JAINJ dan polis kerana menjalankan majlis berkaitan fahaman atau ajaran syiah di sebuah rumah di Ulu Tiram, Johor.

JOHOR BAHRU – Seramai 21 lelaki termasuk tiga rakyat asing ditahan kerana dipercayai mengadakan majlis berkaitan fahaman atau ajaran syiah di sebuah rumah di Ulu Tiram di sini pada 10.05 malam tadi.

Semua mereka yang berusia 21 hingga 67 tahun ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hasil maklumat dan risikan Bahagian Penguatkuasaan JAINJ dan Cawangan Khas PDRM.

Keadaan sebuah rumah di Ulu Tiram yang diserbu JAINJ dan polis kerana menjalankan majlis berkaitan fahaman atau ajaran syiah.

Pengarah JAINJ, Amran A Rahman berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana mengingkari pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa. – MalaysiaGazette