Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam memotong riben sebagai gimik perasmian pada Majlis Perasmian Pejabat MIC di Petaling Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 01 OKTOBER 2017

PETALING JAYA – MIC tidak mempunyai masalah sekiranya calon Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14_) parti itu disaring Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan meluluskan senarai calon yang diserahkan setiap parti komponen BN sebelum menjalani saringan tersebut.

“Kita sudah memberikan senarai nama calon berpotensi parti MIC iaitu lima hingga enam nama setiap kawasan, terpulang kepada BN untuk menentukan kepada saringan,’ katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis perasmian Bangunan baharu Pusat Perkhidmatan MIC Bahagian PJ Utara di sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast