Potret Aung San Suu Kyi yang diturunkan di Kolej Universiti Oxford di London

LONDON – Kolej Universiti Oxford, bekas pusat pengajian Aung San Suu Kyi menurunkan potret pemimpin Myanmar itu, dipercayai susulan kritikan meluas berhubung isu penindasan Rohingya.

Potret yang dipamerkan di pintu masuk utama Kolej St Hugh, kini digantikan dengan lukisan baharu yang disumbangkan artis Jepun, Yoshihiro Takada.

“Kami menerima lukisan baru awal bulan ini yang akan dipamerkan di pintu masuk utama untuk seketika. Lukisan Aung San Suu Kyi pula dipindahkan ke lokasi selamat,” kata kolej itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, universiti berkenaan tidak menyatakan sama ada ia ada kaitan dengan krisis yang sedang berlaku di negeri barat Rakhine, Myanmar.

Suu Kyi menamatkan pengajian dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi pada 1967 sebelum menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang politik pada 1968. – MalaysiaGazette